[FATWA SYAIKH BIN BAZ] HUKUM ONANI

Monday, 20 May 2013 0 comments

Soalan : Apa hukum Onani?
Shalih A.Q - Yaman

Jawapan Shaykh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz : Onani dengan tangan hukumnya HARAM dan harus dihindari oleh setiap muslim, kerana perbuatan berkenaan bertentangan dengan firman ALLAH :


"Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;"
(Surah Al-Mukminun : 5-7)

Kerana perbuatan itu menimbulkan banyak bahaya. Hanya ALLAH yang dapat memberikan taufiq.

Sumber : Al-Fatawa Juz Awwal, Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz

GST : FAKTA SEBENAR

0 comments


Oleh : PMR Penerangan

Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.

Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya. Ditambah lagi, dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.

Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah – VAT) dan Filipina 10%. GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.

Apa itu GST?

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.

GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.

Bekalan yang dikecualikan cukai

Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.

Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.

Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.    

ORANG LEMAH IMAN AKAN BERDEMO : KHALID YASIN.

0 comments



Oleh : AJ

Nak berdemo? Dengar dulu kritikan Khalid Yassin terhadap KAKI DEMONSTRAN. Dah dengar? So nak berdemo lagi? Nampak sangatlaa korang ni spesis lemah iman....


[MAJLIS ILMU] DAURAH MANHAJ AQIDAH IMAM AS-SYAFIE BERSAMA SYAIKH DR MUHAMMAD BIN ABDIL WAHHAB AL-'AQIL (PROF MADYA DI JABATAN AQIDAH, UNIVERSITI ISLAM MADINAH)

0 comments

Oleh : Abu Abdul Razak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Dengan ini dijemput para sahabat, pencinta majlis ilmu untuk turut sama menyertai program daurah bersama Syaikh Dr Muhammad bin Abdil Wahhab al-'Aqil.

Daurah dengan tajuk Manhaj Aqidah Imam al-Syafie, ini akan berlansung di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Shah Alam. Majlis akan berlansung pada hari Khamis ini, 23 Mei 2013. Jam 8.30 malam. Penyertaan terhad kepada 200 peserta sahaja. Dapatkan PAS MASUK DI KULIAH-KULIAH BERIKUT

1. Kuliah Ustaz Dr. Fadlan bin Mohd Othman
Kitab : Manhaj at-Talaqqi wal Istidlal baina Ahlus Sunnah wal Mubtadi'ah 
Tarikh : ISNIN - 20 MEI 2013 - Selepas Isyak
Tempat : Tingkat 8, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam.

2. Kuliah Ustaz Idris bin Sulaiman 
Kitab : Umdatul Ahkam
Tarikh : SELASA - 21 MEI 2013 - Selepas Isyak
Tempat : Tingkat 8, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam.

Sedikit pengenalan kepada Syaikh: Beliau merupakan Prof. Madya di Jabatan Aqidah, Universiti Islam Al-Madinah Al-Munawwarah. Buku yang bakal didaurahkan adalah dimanfaat daripada tesis Phd beliau.

Makluman : Pengurusan Pena Minang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penganjuran majlis ini.


[INFO ISLAM] DEMONSTRASI ATAU TAUBAT? MANA SATU PILIHAN YANG TEPAT?

0 comments

Oleh : Ustaz Muhammad Fashan (Mahasiswa Universiti ISLAM Madinah)

Bukan sibuk DEMONSTRASI, tetapi sibukkan BERTAUBAT, banyakkan ingat Allah, sibukkan menuntut ilmu | Imam Al-Muzani rahimahullah (Wafat: 264H) menegaskan di antara yang menjadi prinsip ahli sunnah wal-jama’ah:

وَالطَّاعَة لأولي الْأَمر فِيمَا كَانَ عِنْد الله عز وَجل مرضيا وَاجْتنَاب مَا كَانَ عِنْد الله مسخطا
وَترك الْخُرُوج عِنْد تعديهم وجورهم وَالتَّوْبَة إِلَى الله عز وَجل كَيْمَا يعْطف بهم على رعيتهم

“Hendaklah taat kepada pemerintah dalam perkara yang diredhai di sisi Allah ‘Azza wa Jalla dan menjauhi perkara yang mendatangkan kemurkaan di sisi Allah, juga meninggalkan pemberontakan (melawan pemerintah) ketika pemerintah melampaui batas dan bertindak zalim.

Dan hendaklah BERTAUBAT kepada Allah agar supaya Allah menjadikan pemerintah mereka (yang zalim) itu bersikap lemah-lembut kepada para rakyatnya.” [Syarhus Sunnah Al-Muzani, no. 14]


HARGA MINYAK DI NEGERI PAKATAN TURUN MULAI HARI INI!

1 comments



Oleh : D. Badr

Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. 

Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.

Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri Selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.

Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak mampu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat.

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga

1. Minyak Angin*
2. Minyak Senyonyong*
3. Minyak Gamat*
4. Minyak Dagu*
5. Minyak Pengasih*

P/S : *Mintak laa diskaun kat pekedai :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Pena Minang © 2008-2013 | Made in Malaysia by Pena Minang for ISLAM