KONSPIRASI KRISTIAN DALAM MENGKORUPSI KALIMAH ALLAH.



Oleh : Kasturi

Polemik isu nama ALLAH ini masih lagi hangat diperbincangkan. Ada diantara ahli agama sendiri pun masih bertolak tarik dalam isu ini. Usah ditanya kepada ahli politik. Demi undi, semuanya nak diberi. Namun apa yang pelik disini ialah, kurangnya fokus dikalangan pakar-pakar agama dan ahli politik tentang apa sebenarnya yang dituntut oleh orang Kristian di Malaysia ini dalam konteks isu ALLAH ini. Yang kita harus jelas disini ialah, penganut Kristian di Malaysia mahukan ALLAH menjadi terjemahan kepada GOD atau LORD dalam Bahasa Melayu . 

Untuk itu, dalam posting hari ini, kami mengajak tuan-tuan menilai dengan kaedah paling mudah dengan menggunakan maklumat-maklumat yang ada disekeliling kita. Untuk kajian yang mudah ini, kami akan membuat perbandingan makna dalam 2 kamus yang popular di Malaysia. Untuk transliterasi dalam Bahasa Inggeris, kami menggunakan Kamus Dwibahasa Oxford Fajar edisi ketiga yang diselengara oleh Joyce M. Hawkins manakala untuk pengistilahan dalam Bahasa Melayu, kami menggunakan Kamus Dewan edisi ke 4 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kita mulakan dengan perkataan God. Sila rujuk gambar dibawah : 


Berdasarkan kamus Oxford, dengan mudah perkataan GOD diberikan pengistilahan sebagai ALLAH atau tuhan oleh Joyce M. Hawkins. Namun adakah pengistilahan perkataan itu adalah benar dan tepat? Tunggu dulu. Sekarang kita pergi pula kepada penggunaan perkataan LORD dalam Bahasa Inggeris seperti gambar dibawah :


Pada perkataan LORD pula, tidak dikatakan bahawa LORD itu adalah ALLAH sebaliknya ialah TUHAN.

Baik, sebagai masyarakat yang berkomunikasi dalam Bahasa MELAYU, adalah wajar kita merujuk pada sumber Melayu itu sendiri untuk membuat pengistilahan kerana hanya orang yang PAKAR dalam BAHASA MELAYU tentu sahaja lebih mahir tentang selok-belok tafsiran dalam setiap perkataan dalam Bahasa Melayu. Untuk itu kami bawakan tafsiran perkataan 'ALLAH' berdasarkan tafsiran yang dinyatakan oleh KAMUS DEWAN terbitan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA selaku badan berautoriti lagi mahir dalam penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia. Sila lihat gambar dibawah ini :



Berdasarkan sepertimana yang anda baca di dalam keratan gambar Kamus Dewan diatas, pakar-pakar bahasa yang menyusun tafsiran perkataan ALLAH dengan jelas menyatakan bahawasanya ALLAH adalah TUHAN YANG ESA. Ini bermakna tidak ada TUHAN selain daripada ALLAH.

Jadi kami hendak bertanya kepada rakan-rakan pembaca sekalian. Dalam Agama Kristian ada berapa tuhan atau apakah konsep agama Kristian? Trinity bukan? Dimana ada Tuhan Bapa, Tuhan anak dan Roh Kudus. Jadi adakah kosep TRINITY ini menepati TAFSIRAN BAHASA MELAYU yang SEBENAR??? Pastinya tidak, kerana dengan jelas PERKATAAN 'ESA' itu menafikan konsep Trinity dalam Kristian.

Jadi apakah tafsiran yang layak digunakan oleh Kristian bagi mentafsirkan LORD atau GOD mereka kedalam Bahasa Melayu? Cuba anda lihat tafsiran 'TUHAN' sepertimana yang diterangkan oleh Kamus Dewan dibawah ini ;


Berdasarkan Kamus Dewan, pada pentafsiran PERTAMA : Tuhan adalah sesuatu seperti Dewa yang disembah yang mana asas kepercayaan agama mereka adalah bukan bersandarkan kepada TUHAN YANG ESA.

Maka dengan ini kami ingin bertanya kepada rakan pembaca sekalian, pengistilahan Bahasa Melayu yang mana satukah yang lebih menepati konsep aqidah Kristian? Bukankah istilah 'TUHAN' lebih tepat???? Mereka mahu tafsiran dalam BAHASA MELAYU, jadi mengapa tidak mengambil tafsiran yang lebih tepat lagi jitu???

Kepada ahli politik, tolonglah jangan melacurkan agama demi meraih undi.

Post a Comment

0 Comments