TERKINI

Tuesday, 25 June 2013

ANAK SYARIKAT AIRASIA, AIRASIA JAPAN BUNGKUS

Oleh : Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2013 - AirAsia Bhd telah menamatkan usaha samanya dengan ANA Holdings Inc., yang sama-sama mengendalikan syarikat AirAsia Japan.

Pengendali syarikat penerbangan tambang murah itu Selasa memeterai perjanjian mengenai perjanjian pemindahan dan penamatan saham, dengan ANA (yang dahulunya dikenali sebagai All Nippon Airways Co Ltd).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, AirAsia berkata faktor utama bagi penamatan itu termasuklah isu pengurusan kos dan pasukan pengurusan AirAsia Japan yang kurang berkemampuan, yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan ANA, bagi memupuk budaya yang mencakupi model perniagaan kos tambang rendah.

"Usaha sama itu telah berhadapan dengan pelbagai cabaran ekoran pendapat yang berbeza dalam pengurusan syarikat usaha sama antara pemegang saham," kata syarikat itu.

Sehingga 31 Mac, 2013, AirAsia Japan telah mencatatkan kerugian bersih terkumpul sebanyak RM163.94 juta.

AirAsia berkata ANA telah menawar untuk membeli saham daripada AirAsia Investment Ltd dan pihak-pihak itu telah memeterai perundingan untuk menamatkan usaha sama itu menerusi perjanjian penamatan.

"ANA akan menguasai saham-saham dengan nilai 2.45 bilion yen (RM80.475 juta) dan tarikh kuat kuasa untuk pembayaran jumlah dan pemindahan saham ialah pada 28 Jun, 2013.

"Syarikat usaha sama itu juga akan menghentikan penggunaan jenama AirAsia termasuk pertukaran nama syarikat, berkuat kuasa mulai 1 Nov, 2013.

"Pihak-pihak berkenaan telah bersetuju ke atas penjadualan penghantaran semula kesemua pesawat yang disewakan kepada AirAsia Japan, bermula 1 Sept hingga 1 Nov, 2013," kata AirAsia.

Sementara itu, penamatan berkenaan, selepas pembelian saham, dijangka berkuat kuasa pada 28 Jun, 2013.

AirAsia dan ANA telah memeterai perjanjian pegangan saham pada Julai 2011, dengan modal terbitan dan saham berbayar di dalam AirAsia Japan berjumlah sehingga RM163.9 juta (5 bilion yen Jepun).

AirAsia, menerusi anak syarikat milik penuhnya, AirAsia Investment, telah melanggan saham undi 25,120 dan saham bukan undi 23,880, mewakili 49 peratus daripada modal saham berbayar di dalam AirAsia Japan.

Mengenai ""

Berkelahilah cara MELAYU, Menikam dengan pantun, Menyanggah dalam senyum, Marahnya dalam tertawa, Merendah bukan menyembah, Meninggi bukan melonjak.

Post a Comment

Pandangan yang dilontarkan di dalam ruangan komen adalah milik pihak yang menghantar. Pena Minang / Pena Minang Return tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang dihantar.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Pena Minang
Direka oleh PMAT Di Malaysia | BTT