BIOGRAFI RINGKAS AL-HAFIZ IBNU HAJAR

Oleh : RPM

Nama penuhnya ialah Ahmad Bin Ali Bin Muhammad Bin Muhammad Bin Ali Bin Mahmud Bin Ahmad Bin Ahmad Bin Al-Asqalani Al-Mishri Asy-Syafii. Beliau dilahirkan di Mesir pada 23 Sya'ban tahun 773 Hijrah. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau masih dalam usia kanak-kanak. Setelah berusia 5 tahun, beliau dimasukkan ke sekolah yang mengkhususkan subjek bacaan, tulisan dan menghafal Al-Quran (Al-Kuttab). Dalam usia yang baru menjangkau 9 tahun, beliau telah pun khatam Al-Quran.

Pada akhir tahun 784 Hijrah, beliau telah berangkat ke Makkah Al-Mukkaramah untuk menunaikan fardhu Haji dan beliau seterusnya menetap di Makkah pada tahun berikutnya. Disana beliau telah berguru dengan Afifuddin An-Naisaburi dan Al-Makki yang mengajar Sahih Al-Bukhari. Mereka adalah antara guru pertamanya dalam ilmu hadis.

Pada tahun 786 Hijrah pula, dia telah ke Mesir untuk menuntut ilmu dengan Syaikh Abdurrahim Bin Razin. Selepas itu beliau telah ke Damaskus pada tahun 802 Hijrah dan menemui sebahagian sahabat Al-Qasim bin Asakir dan ulama-ulama besar lainnya. Beliau telah mendalami ilmu Fiqh dengan Sirajuddin dan As-Siraj  bin Al-Malqan di Al-Balqaini. Beliau telah menghasilkan hampir 150 buah karya ilmiah yang mana sebahagian besarnya adalah kitab-kitab induk (besar), dan di antaranya adalah Bulugh Al-Maram Min Adillati Al-Ahkam.

Post a Comment

0 Comments