TERKINI

Saturday, 20 July 2013

[DOWNLOAD EBOOK PERCUMA] FATHUL BARI SYARAH SAHIH AL-BUKHARI JILID 4

Dipetik dari : Kitabhadith.wordpress.com
Alih bahasa mengikut standard Bahasa Melayu Malaysia oleh : UKT

Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani menulis kitab “Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari” selama  lebih kurang 25 tahun!!! . Beliau memulakan penulisan kitab berkenaan pada awal tahun 817 H dan selesai pada awal bulan Rejab tahun 842 H.

Al-Hafiz Ibnu Hajar yang pernah berguru dengan ulama besar seperti Ibnul Mulaqqin dan al-Iraqi (al-Iraqi lah yang pertama menggelarkan Ibnu Hajar dengan gelar ‘al-Hafiz’), menempuh kaedah yang menakjubkan dalam mengarang kitab Fathul Bari. Awalnya melalui imla’ (lisan) selama 5 tahun, kemudian beberapa muridnya yang cerdas berkumpul dan mengusulkan agar syarah tersebut dibukukan. Ibnu Hajar kemudian bersetuju dengan cadangan muridnya dan beliau menulis dengan tangannya sendiri sedikit demi sedikit, sehingga kitabnya telah diperbetulkan dan diteliti keseluruhan penulisannya.

Tatkala kitab syarah al-Bukhari tersebut selesai, al-Hafiz Ibnu Hajar mengadakan walimah besar-besaran pada 8 Sya’ban 842 H. Dalam acara tersebut dibacakanlah bab akhir dari Fathul Bari, dan walimah itu dihadiri oleh para pegawai kerajaan, para ulama’, penuntut ilmu, dan kaum muslimin yang tidak terkira ramainya. Seorang muridnya, Al Biqo’i (w 885 H) bercerita : “Sampai-sampai aku mengira tidak ada seorang tokoh pun di Mesir yang tidak hadir pada walimah tersebut. Hari itu adalah hari istimewa, belum ada yang sepertinya pada zaman itu. Pada walimah tersebut dilantunkan syair-syair indah berisi pujian kepada penulis dan kitabnya”.

Keunggulan Fathul Bari diakui oleh Imam asy-Syaukani (w 1250 H), ketika mengomentari kitab Fathul Bari, asy-Syaukani mengutip hadis yang terkenal : “La hijrah ba’dal Fath”, hadis tersebut diungkapkan beliau sebagai kalimat diplomasi, yang maksudnya tidak ada kitab syarah Shahih Bukhari yang dapat melebihi keunggulan dan kebaikan yang sebaik Fathul Bari. Sementara Ibnu Khaldun dalam kitab Mukadimmah-nya mengatakan bahwa tugas mensyarah Sahih Bukhari adalah ‘hutang umat Islam’. Perkataan tersebut diucapkan Ibnu Khaldun sebelum Ibnu Hajar menyusun Fathul Bari (Ibnu Khaldun wafat tahun 808 H, Ibnu Hajar mulai menulis Fathul Bari tahun 817 H), maka dengan kitab Fathul Bari dapat dikatakan bahawa Ibnu Hajar telah melunasi hutang umat Islam.

Semoga Allah Ta’ala merahmati al-Hafiz Ibnu Hajar Asqolani, menerima amalan yang dilakukannya, dan membalas dengan syurga Firdaus-Nya..

(Diringkas dari majalah Al-Furqon edisi 10/8 tahun 1430 H, dengan beberapa tambahan dari penulis)

Untuk membeli kitab Fathul Bari dalam bentuk fizikal, sila layari :

atsar.ilmusunnah.com

atau

www.ilmu-islam.com

atau

bushraniaga.com

Mengenai ""

Berkelahilah cara MELAYU, Menikam dengan pantun, Menyanggah dalam senyum, Marahnya dalam tertawa, Merendah bukan menyembah, Meninggi bukan melonjak.

Post a Comment

Pandangan yang dilontarkan di dalam ruangan komen adalah milik pihak yang menghantar. Pena Minang / Pena Minang Return tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang dihantar.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Pena Minang
Direka oleh PMAT Di Malaysia | BTT