HARGA PROTON DI AUSTRALIA LEBIH MURAH??? BETUL KE???

Dipetik dari Fan Page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad & Blog Panglima Harimau

Sekarang memang dah jadi trend pula, seolah ada puak yang nak menjatuhkan Proton. Ada je nak cari salah. Ini hanya lah penerangan ringkas saya mengenai harga kereta yang dijual di negara ini yang berbeza dengan negara luar.

Sebenarnya tak payah cari fakta yang susah pun. Benda ni boleh fikir dengan logik akal. Tapi saya akan sediakan beberapa rujukan yang boleh dijadikan sandaran untuk isu ini.

1. Isu harga ni dulu pernah dimainkan ketika iklan yang lebih kurang sama melibatkan Proton Persona di Arab Saudi. 

2. Berdasarkan gambar yang tertera yang dimainkan di laman sosial hari ini, kita dapat lihat dan terang-terang ditulis LIMITED TIME. 

3. Maknanya, selepas convert to RM, harga offer limited time dekat Aussie tu untuk PREVE MANUAL adalah lebih kurang RM48,000. Manakala harga PREVE MANUAL di MALAYSIA tanpa insurance/registration adalah dalam lingkungan RM55,000.

4. Jika tanpa limited offer yang tertera pada iklan ini, menunjukkan harga PREVE di Malaysia dan Australia adalah lebih kurang sama iaitu plus minus RM1,000 - RM2,000.

5. Proton di Malaysia juga buat offer yang sama dalam waktu tertentu. 

6. Satu lagi dinyatakan dalam iklan tersebut ialah harga DRIVE AWAY, harga drive away ialah harga TAK termasuk insurans dan indicative di mana harga sebenar perlu di consult dengan dealer . Harga bergantung kepada dealer dan location.

7. Untuk rujukan berkenaan dengan drive away boleh rujuk www.carsales.com.au/

8. Harga kereta mana-mana pengeluar kereta bergantung kepada dasar negara berkenaan, competitor, market size dan marketing.

9. Sebagai contoh di Arab Saudi, harga Proton Persona jauh lebih murah di sana berbanding di Malaysia kerana marketing dan harga competitor. Honda di Jepun pun jual lebih mahal di negara mereka sendiri berbanding Honda yang dijual di Arab Saudi. Semua kerana permintaan dan market size.

10. Kenapa tak banding harga PREVE di Indonesia yang jauh lebih tinggi berbanding harga PREVE di Malaysia? 

11. Kalau Toyota atau Honda jual murah tak kan Malaysia nak jual mahal. Sedikit pengorbanan perlu dilakukan untuk capture market . Long term target is more important. 

12. Malah first party insurance di Aussie mahal juga berbanding di Malaysia. Malaysia pula adalah car ownership termurah di Asia Tenggara . Car ownership ialah termasuk semua sekali termasuk Petrol, insurans dan lain-lain.

13. Kita boleh persoalkan tetapi bukan terus menghentam. InsyaAllah, artikel mengenai "KENAPA TUN MAHATHIR MEMANDU KERETA BUKAN BUATAN MALAYSIA (Selepas tersebar gambar Tun pandu kereta luar)" dan Perbandingan PROTON SUPRIMA dengan model-model yang sama kelas dengannya.

---------------------


GAMBAR diatas adalah propaganda yang sedang meluas dikongsi di FB. Ia disebarluaskan untuk menghasut kebencian terhadap Proton dan kerajaan dengan menggunakan data yang cukup mengelirukan. Sebelum kita membuat penilaian, ada baiknya kita membuat analisa secara objektif. 

Persoalannya, adakah benar kereta Preve lebih murah di Australia berbanding Malaysia? Jawapannya adalah Ya dan Tidak. Ia adalah lebih murah di Australia kerana cukai tidak dikutip sepenuhnya ketika pembelian dibuat. 

Di Malaysia, kereta Proton juga tertakluk kepada cukai eksesais walaupun cukai import bagi Proton adalah lebih kecil. 

Tahukan anda bahawa di Malaysia, kita memberi subsidi petrol tetapi di Australia, bukan sahaja petrol tidak disubsidikan, malah mereka mengenakan dua jenis cukai eksais petrol dan kemudian GST petrol? 

Ini bermakna, setiap kali anda mengepam petrol atau memandu, kerajaan Australia mengutip cukai daripada anda. Petrol di Australia adalah kira-kira RM4.46 seliter berbanding RM1.80 seliter di Malaysia. (Semua harga berdasarkan negeri Victoria. Sydney adalah lebih mahal) 

Cukai jalan di Australia pula adalah kira-kira RM2,100 setahun manakala Malaysia adalah RM90 untuk model ini Proton Preve. Insurans di Australia adalah RM2700 setahun berbanding hanya RM1700 setiap tahun di Malaysia. 

Jika dibuat pengiraan, purata 20,000 km perbatuan setiap tahun, pembelian Proton Preve adalah masih murah di Malaysia. Pada tahun pertama, Proton Preve (Australia) adalah RM61,805,23. Proton Preve (Malaysia) adalah RM61,336,80. 

Selepas tiga tahun, Proton Preve (Australia) adalah RM89, 376,83. Proton Preve (Malaysia) adalah RM72, 203,40. Perbezaan ini adalah lebih besar jika anda membandingkan model yang lebih murah seperti Saga atau Gen2. 

Apapun, diharap Kerajaan BN akan menepati janji mereka untuk mengurangkan harga kenderaan Malaysia sebanyak 30% dan ini akan meningkatkan lagi perbezaan. 

Jangan bandingkan dolar untuk dolar kerana kita juga perlu membandingkan cukai Australia dan juga lebih tinggi (dijangka akan menjadi lebih tinggi tahun ini) kadar pengangguran dan kepesatan ekonomi mereka. Dalam soal ini, proton juga tentunya mengambil kira faktor-faktor ini bagi memastikan jenama dan produk mereka boleh berkembang di luar negara termasuk Australia. 

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..

Komen Pena Minang : Yang mengkritik tu dah beli ke kereta Proton? Tak pernah merasa Subsidi Kerajaan ketika membeli petrol Ron 95 atau Diesel? 

Post a Comment

1 Comments

  1. untuk pengetahuan, kualiti kereta import jauh lebih baik dari kualiti yg dijual di malaysia. kereta untuk dijual dia aus perlu patuh pada ANCAP, dimana spec nya lebih bagus dari yg terjual di malaysia. spec kereta yg dijual di aus cuma ada pada kereta premium di malaysia yg mana harganya lebih tinggi itupun hanya dengan 4 beg udara dibanding 6 di aus, kualiti besi untuk kereta import sgt baik kalau dibanding yg terjual di malaysia. lagi pula purata gaji org aus kalau convert RM lebih kurang 8-10k sebulan, cukai petrol/gas di aus disebbkan mereka adalah pengeluar minyak, malaysia bukan pengeluar minyak hahaha. oleh disebabkan itu, gaji2 menteri seperti sarawak dinaikkan 3x ganda. menteri besar dpt RM39k sebulan walaupun semua benda dah ditanggung oleh kerajaan...yang menjadi persoalan kenapa preve yg dpt taraf keselamatan 5 bintang di aus dijual jauh lebih murah dengan kereta di malaysia (premium spec)...akibat kebodohan macai2 nilah menyebabkan selruh rakyat malaysia jadi bodoh dan diperbodohkan

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.