TERKINI

Tuesday, 27 August 2013

PEMILIHAN AGONG UMNO 2013 'IBU' SEGALA PEMILIHAN

Oleh : Beruang Biru

Dalam kita memandang sinis pemilihan CEC DAP yang paling korup dalam sejarah, kita juga tidak lupa memerhati keadaan politik UMNO. Rata-rata, keadaan di peringkat Cawangan dan Bahagian telah pun panas di mana bahang pemilihan mula terasa. Taktik dan strategi sama ada kotor atau bersih bercampur-baur dalam perjuangan antara cita-cita peribadi dengan agama, bangsa dan tanahair.

Ada sesuatu tentang pemilihan kali ini yang membuatkan ramai melihatnya sebagai pemilihan paling penting dalam sejarah iaitu ia dikatakan bakal menentukan jatuh bangunnya, hidup matinya atau hilang kekalnya umat Melayu di dunia. 

Pada dasarnya, UMNO telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi kemenangan dalam PRU-13 yang lalu. Namun begitu, walaupun telah memberi kemenangan kepada UMNO, orang-orang Melayu menyimpan semacam keraguan terhadap parti ini kebelakangan ini. Seimbas membaca blog-blog yang menyokong UMNO akhir-akhir ini, kita tidak dapat mengelak dari mengesan perasaan ragu-ragu, yang sama ada diluahkan secara berlapik mahupun dengan cara menempelak keras. 


Menepis bahawa perasaan ragu-ragu itu sebagai ‘dengki’ atau sebagai ‘suara pembangkang’ bukanlah tindakan bijak. Seharusnya, pengajaran ini telah pun difahami dengan baik oleh UMNO dalam PRU-12.  

Sebaiknya, UMNO mengkaji apakah yang diragui oleh orang-orang Melayu terhadap parti ini.   Apakah benar ia merupakan masalah peribadi atau masalah sikap para blogger? Apakah setiap komen dan setiap rungutan di laman sosial individu yang membawa rentak yang sama degnan blog-blog itu juga bertitik tolak dari masalah peribadi dan sikap blogger tersebut?   

Jika kita memberi sedikit perhatian, kita akan dapati bahawa isu yang diperhatikan oleh orang-orang Melayu secara dekat pada hari ini ialah isu jenayah, isu menghina Islam, TPPA dan juga pengurusan GLC. Sebagai langkah awal, kepimpinan wajib memahami apakah yang dikhuatiri oleh orang-orang Melayu dalam semua isu ini. 

Secara dasarnya, orang-orang Melayu melihat isu jenayah dan isu menghina Islam yang semakin menjadi-jadi pada hari ini adalah berpunca dari keputusan kerajaan untuk tunduk kepada tekanan pembangkang dan orang-orang Cina. 


Orang Melayu yang telah dikejutkan dengan tindakan kerajaan memaafkan Namewee dan memberi beliau berbagai kemudahan, telah sekali lagi tersentak apabila kerajaan menghapuskan Akta Hasutan yang dilihat bakal membuka lebih ruang kepada orang-orang seperti Namewee untuk menghina Islam dan Melayu. 

Ternyata apa yang dikhuatiri itu benar-benar berlaku. Begitu juga dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku sejurus selepas kerajaan tunduk kepada pembangkang dengan menghapuskan Akta EO dan ISA. 

Kerajaan mungkin menafikan yang penghapusan Akta tersebut merupakan satu kesilapan dan mengerahkan seluruh jentera untuk memberi berbagai alasan untuk membela diri di samping menunjukkan keterbukaan. Namun, dukacita dimaklumkan bahawa ia tidak mampu mengembalikan keyakinan orang-orang Melayu terhadap UMNO, sekurang-kurangnya setakat hari ini. 


Bagaimanapun, setakat hari ini juga, harapan terus diberikan kepada UMNO kerana orang-orang Melayu tidak mampu mempercayai Pakatan Rakyat untuk membela nasib mereka. 

Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan pembangkang dan orang-orang Cina menjadikan orang-orang Melayu bimbang terhadap keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan dalam isu-isu yang berkaitan ekonomi, terutama TPPA. Orang-orang Melayu melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yang bersekutu dengan kuasa besar untuk menguasai dunia. Sekiranya kerajaan terlalu tunduk kepada kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dalam strategi kuasa besar untuk menguasai ekonomi negara ini. 

Bertitik tolak dari persepsi itu juga, orang-orang Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka peluang kepada orang-orang Cina untuk menguasai GLC dan juga jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan. Ini kerana orang-orang Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan menyerlahkannya tanpa segan silu dalam pengurusan syarikat swasta dan juga perniagaan.  

Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap sikap perkauman orang Cina ternyata berasas apabila orang-orang Cina menolak Barisan Nasional mentah-mentah dalam PRU-13 yang lalu walaupun setelah diberikan hampir segala-galanya oleh kerajaan. 


Berdasarkan senario ini, mana-mana individu yang ingin bertanding dalam pemilihan yang akan datang wajib menangani persepsi ini dengan baik. Sikap sesetengah pihak yang terlalu ingin membodek dan mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat bahawa UMNO telah rosak. Pendek kata, tingkah laku pemimpin UMNO dalam menghadapi pemilihan ini akan turut memberi kesan kepada pilihanraya yang akan datang. Apa guna menang dalam pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama sepenggal?

Orang-orang Melayu (baca: penyokong UMNO) ingin melihat UMNO yang menepati slogan ‘transformasi’ dari segi minda dan sikap. Transformasi tidak seharusnya bermakna membuang roh asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa dan negara. Transformasi harus dilakukan dengan cara meningkatkan lagi semangat juang yang asal serta mengadaptasinya dalam  mengharungi zaman untuk kekal menjadi pemerintah di negara ini.    

Mampukah UMNO memilih pemimpin yang menepati ciri-ciri ‘transformasi’ ini?

Mengenai ""

Berkelahilah cara MELAYU, Menikam dengan pantun, Menyanggah dalam senyum, Marahnya dalam tertawa, Merendah bukan menyembah, Meninggi bukan melonjak.

Post a Comment

Pandangan yang dilontarkan di dalam ruangan komen adalah milik pihak yang menghantar. Pena Minang / Pena Minang Return tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang dihantar.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Pena Minang
Direka oleh PMAT Di Malaysia | BTT