FATWA PENGHARAMAN SYIAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Tarikh Keputusan : 17 Januari 1998

Keputusan : 

Bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman setelah mengkaji, bersetuju sebulat suara membuat ketetapan BAHAWA KE ARAH MEMBENDUNG PENGARUH SYIAH DI MALAYSIA:

Adalah ditetapkan bahawa Umat Islam di Negeri Kedah Darul Aman hendaklah mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.

Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah dilarang.

Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah dilarang.

Status Penwartaan : Diwartakan
Tarikh Diwartakan : 18 Febuari 1999
Nombor Rujukan : Agama (K) 271 (4)
Akta / Enakmen : No.4 Jld. 42

Post a Comment

0 Comments