KDN SAHKAN MAT SABU SYIAH @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi @PDRMsia @JakimOfficial @ustazfathulbari @dewanulamakpas @DPPMalaysia @Tantawi100

Gambar kiriman : AMJ
Oleh : AJ

PUTRAJAYA : Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan bahawa MAT SABU, yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS adalah seorang penganut Syiah.


Dalam satu sidang media Khas yang diadakan di Putrajaya hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi menegaskan pihaknya telah menjalankan intipan dan siasatan sebelum membuat sebarang pengumuman.

===================================================



Sidang media ini merupakan lanjutan kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 9 Disember 2013 yang mengaitkan seorang pemimpin no 2 dalam parti PAS sebagai seorang yang cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah di Malaysia. Penama yang menjadi sabjek dalam kenyataan YB Menteri Dalam Negeri tersebut adalah merujuk kepada Encik Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Perkara-perkara ini dapat dilihat berdasarkan maklumat-maklumat seperti berikut :

(i) Beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk “Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini” di dalam ruangan Fikrah, Akhbar Harakah, halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008;

(ii) Beliau menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau. Kenyataan ini disampaikan di dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011;

(iii) Ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan. Kenyataan beliau ini telah dimuatkan ke dalam Harakahdaily pada 25 Disember 2008 seperti berikut :

“Imam Khomeini telah menghantar mesej kepada penganut Kristian melalui siaran agensi-agensi berita. Para penyokong yang mengiringi Khomeini ketika dalam buangan di Neaupe Le Chateau, Perancis menceritakan mereka diminta oleh Imam Khomeini supaya membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk di situ pada Hari Krismas”;

(iv) Temuramah yang dibuat oleh agensi berita “Antara Pos” dengan Dato’ Aidit Ghazali, Timbalan Presiden JATI menjelaskan bahawa Mohamad Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah. Video temuramah ini boleh ditonton di Youtube. (http://www.youtube.com/watch?v=pesZNJEkdil&feature=youtube_gdata player ;) ;

(v) Beliau secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada 4 hingga 5 kali. Keterangan ini boleh ditonton melalui video Youtube . (http://www.youtube.com/watch?v=Ud2fwKpJRDM&feature=youtube_gdata_player)

(vi) Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati telah membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada tahun 2011. Beliau melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri Majlis Ramah Mesra di sana;

(vii) Berdasarkan maklumat, beliau didapati telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada tahun 2011. Kelas pengajian tersebut dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di salah sebuah sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak;

(viii) Berdasarkan temuramah Ustaz Zamihan Mat Zin, pegawai KDN bersama C.N Afghani (sahabat Mohamad Sabu selama hampir 20 tahun) di Masjid Jamek Kuala Lumpur pada 9 Disember 2013. C.N Afghani menjelaskan bahawa Mohamad Sabu kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran.

(ix) Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zin, pegawai KDN bersama Dr. Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember 2013, Dr. Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mohamad Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada tahun 2005;

(x) Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg. Jagung, Pendang, Kedah menjelaskan bahawa Mohamad Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah. Ini kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat Mohamad Sabu menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya. Amalan ini sinonim dengan golongan Syiah. (sumber: www.dukeofumno.blogspot.com, Tajuk: Eksklusif..!! Tok Guru Pondok Sahkan Mat Sabu Penganut Syi’ah) 

KESIMPULAN :

1) Segala fakta yang dikemukakan ini jelas menunjukkan bahawa Mohamad Sabu mempunyai kaitan dengan fahaman dan aktiviti Syiah.

2) Disamping itu, beliau juga menggesa umat Islam Malaysia untuk mencontohi pemikiran dan corak pemerintahan Imam Khomeini yang jelas berasaskan Syiah.

3) Selain itu, keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya samada di dalam dan luar negara tidak dapat sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah;

4) Manakala keterangan dari rakan-rakan beliau yang pernah bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sama juga turut memperakui bahawa beliau seorang yang mempunyai kaitan dengan Syiah;

5) Berdasarkan maklumat yang dikemukakan, ini jelas menunjukkan bahawa KDN  dan Agensi – Agensi kerajaan yang lain sentiasa memantau dan peka dengan ancaman kegiatan serta fahaman Syiah yang boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuklah gejala perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah.

6) Lanjutan daripada ini, KDN termasuk PDRM, serta Agensi-Agensi kerajaan lain seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri akan terus bekerjasama membendung pengaruh fahaman dan gerakan Syiah di kalangan rakyat Malaysia yang mana KDN akan bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan, manakala JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri akan melihat dari aspek akidah dan penguatkuasaan di peringkat negeri.


Kementerian Dalam Negeri
12 Disember 2013






Post a Comment

0 Comments